Datuk Zaid Ibrahim, yang mengkritik kerajaan kerana menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) minggu lepas, telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai
Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebentar tadi. Menurut sumber, surat tersebut diserahkan kepada pejabat Perdana
Menteri di Putrajaya pada 2 petang.Zaid melahirkan rasa tidak senangnya pada langkah kerajaan menangkap exco kerajaan Selangor dan juga ahli parlimen DAP Teresa Kok, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng atas dakwaan mengancam keselamatan negara, Jumaat lalu. - http://www.malaysiakini.com/news/89731
0 comments:
Post a Comment