Tuesday, February 3, 2009

Potential Investment

Potential Investment - Rentetan dari blog bro rezdrake

Isu kegawatan ekonomi dunia sekarang mmg pada tahap 3/5. Private sector di penang terutama kilang disini dah mula shutdown tanpa gaji,diberi cuti khas & yang paling teruk diberi notis 24hour berhenti.

Bab gawat ni di Malaysia bg pendapat aku mmg dah tidak asing lg, ekonomi dunia ok sekalipun rakyat nya masih dalam kegawatan. Apatah lg bila ekonomi dunia gawat, rakyat bagaikan "Dah Jatuh Di Timpa Hutang Yang Tak Dapat Nak Bayar".

Memang dalam pemikiran kita "ohh ini kena cari pendapatan sampingan ni(part time)". Tetapi part time mcm mana? Adakan MultiLevelMarketing @ ??? Boleh di anggarkan 90% akan memilih MLM. Alhamdulillah..mmg MLM boleh menghasilkan pendapatan sampingan yang lumayan. Tetapi...

MLM Dulu & Sekarang

Sentuh bab MLM ni, aku mmg pernah join & menikmati faedah dari syarikat MLM dengan 100% komitmen. Cuma sekarang ni kurang aktif dalam bidang ni..di sebabkan oleh komitmen.

Pandangan aku terhadap MLM dahulu (2-3 tahun sebelum 2008/2009) . Kalau dilihat setiap MLM mempunyai Reputasi Hebat,Killer Produk Yg Hebat & Marketing Plan Yang Hebat. Modal yang diperlukan hanyalah..sekitar kemampuan untuk menjadi ahli. Contoh nak jadi ahli RM30-RM300 & boleh memulakan perniagaan MLM dengan mendapat keuntungan RUNCIT & faedah-faedah yang ditawarkan oleh syarikat MLM tersebut.

KINI... MLM kini lagi hebat & dasyat. Dalam erti kata lain Marabahaya. Kenapa?? kini syarikat2 MLM ni lg pandai mengaut keuntungan. Nak jadi ahli Free ja..tetapi kena beli set2 produk ini untuk memulakan perniagaan & set2 ini RM bukan 1000-5000 tetapi RM10K & above!! BUKTI... Program MJ atau yang jual waterfilter kena mula dengan RM16K dapat 6set filter air. Program Hai-Hai-Bye-Bye mula modal RM20K dapat 10 set produk wanita / filter air. Bayangkan..Modal sebesar itu untuk mencari pendapatan 4time..Logik ke?? Memang semua perniagaan memerlukan modal, tetapi bg yang nak buat 4time ni... dgn komitmen kerja harian, keluarga, tunang & sebagainya mampukah?? Buat Personal Loan untuk mendapatkan modal!! Entahlah.. Tiada niat nak jatuhkan semangat kawan2 yang dah ceburi bidang ni...just pendapat aku sahaja. Tapi " Lu pikirlah Sendiri" - Nabil Raja Lawak

Jalan Pilihan

Part time job dalam bahasa nyer kerja sambilan. Byk pilihan yg boleh kita pilih. Aku just nak lontarkan pendapat & mengubah persepsi orang2 kita. Antara pilihan yg ada dinegara kita seperti MLM, Perniagaan Dalam Talian, Perniagaan Kecil / Pasar, Investment & pelbagai lagi.

Aku just nak highlight bab Investment. Investment mmg masyarakat kita kurang mendapat perhatian. Tetapi bab2 investment ni kita perlu lebih berhati-hati. Apa yang aku maksudkan dengan Ubah Pemikiran adalah pemikiran nak CEPAT KAYA. Yang pelik nyer buat MLM kuar RM ribu-riban boleh sabar nak berjaya tetapi bab pelabuaran ni kuar RM ribu-riban tp nak cepat berjaya. Itu masalah nyer..

Kedua Bab Ilmu, cth Bursa Saham, Forex dan lain-lain. "Susah lah" "Malas lah" "Tak reti lah"..dan mcm2 lagi "-ve lah".Sbb kena tgk Charting.. so how?? Sedangkan ilmu tu mudah je nak paham tetapi negetif thinking tu dah membaluti otak susah nak ubah..

"apa perancangan anda or backup plan korang incase sesuatu terjadi pada job korang?" - from rezdrake blog
Mungkin kegawatan kali ini pekerjaan korang still selamat, sbb company boleh survive..but who knows pada masa akan datang! Apa yang bleh di cadangkan berjinak-jinak lah dengan mencari pendapatan PASIF kerana ia berada di sekeliling kita...ubah cara mencari pendapatan. Berkenal-kenalan & carilah ilmu dari rakan yang ada ilmu tersebut.
"Jangan takut untuk untung, Jangan berani untuk rugi"
"Biar tidak untung asalkan tidak rugi"
"berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian"
"Financial Freedom"
-adios amigos-

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons