Raya..Raya..Raya..

Kehangatan Aidilfitri sudah mula dirasai, tinggal beberapa hari sahaja menjelang 1 syawal. Tiap2 tahun kemeriahannya pasti terasa.. Cerita bab raya & bunga apa mmg x dapat nak dipisahkan! Bayangkan menjelang nak raya senyap sunyi jer..something yang x kena rasanyer! Tahun ni anak dah besar dah pandai nak minta main bunga api.. seronok tgk kawan-kawan main! Teringat zaman kanak-kanak dulu, minta abah beli bunga api..kali ni masa anak aku pulak minta bunga api dkt ayah dia..hehehe syok oo sekali sekala join keseronokan depa ni. Tapi kena tgk..jgn di biar jer...

Renovation..Enovate





Minggu ni kelam-kabut skit jadi nyer dgn keadaan opis yang tengah di renovation. Dah la bulan posa, mengangkat barang opis.. Pusat Komputer(tempat keje..usm) boleh kata fully renovate la, tp bilik aku pun terlibat la jugak..tukar kapet jer tp biasala angkut perabih semua.
Nak jalan masuk pun penuh rintangan, silap hari bulan bleh xcident ooo
Fuh..bayangkan bulan posa ni mengangkat barang-barang ni,cobaan...Nasib baik la apek2 & bangla kontrak tu ada tlg mengangkat.Kalau tidak tak tahu la posa hari ..hehehehe
Kerja-kerja penukaran kapet sedang dilakukan..Awas Lipas,Lipan!!Macam2 ada..sebab bangunan pusat komputer ni mmg dah lama(tgk gambar ekon dkt bawah ni).Macam2 cerita ada..

Renovate ni ok..cuma 1 jer nak komen, buat renovation soh staf pindah keluar tapi penempatan sementara tak disediakan..apa kexxxxxnya, kami nak merempat tang mana?Sabar2 bulan posa..

Santai di Air Terjun Bukit Hijau, Kedah

Air terjun Bukit Hijau yang terletak di kawasan pendalaman merupakan kawasan rekreasi santai yang indah, masih semulajadi & udara yang segar sesuai untuk bersantai bersama keluarga.

Kenderaan : Kereta
Kelajuan : 90-110km/j
Kilometer : 58.5km
Masa Perjalanan : 0 Jam 59 Minit

Antara gambar-gambar keluarga yang sempat diambil :

Kisah Di Lost World Tambun!

Ermm..lama tak update blog disebabkan kesibukan tugas-tugas harian serta "memorex" tiap-tiap hari.

Baru-baru ini Kelab PPKT (kelab staf di opis aku) mengadakan Family Day atau dalam bahasa melayu nyer hari keluarga. Banyak perkara dirancang sebelum hari keluarga tersebut sehinggalah dari segi pengangkutan, aktiviti, makan dan bermacam-macam lagi. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tahniah buat ahli-ahli belakang tabir yang bertungkus-lumus menghidupkan aktiviti kelab ini. Bagi aku kalau tak der orang-orang macam ni kelab ni lama kelamaan akan menjadi seperti "Hidup segan mati tak mahu" . Sorotan perjalanan tersebut aku abadikan dalam blog aku ni, untuk tatapan rakan-rakan serta pengunjung blog ni.

8.00pagi - 8.30pg : Berkumpul di R&R Juru
10.30 - Tiba di Plaza Tol Jelapang
11.15pg : Bergambar sebelum memasuki Lost World
11.30pg - 5.30ptg : Gelagat di Lost World

Buah Tangan Dari Shah Alam

Last week berkesempatan untuk ziarah Sifu Roslan di Shah Alam selama 2 hari. Bersembang pelbagai topik sambil mendapatkan pandangan & komen ttg bisnes,forex & tip memancing udang rimau pun ada. Juga berpeluang melihat beliau mengendalikan kursus forex beliau di Shah Alam.

Hadir bersama 2 org rakan azmi & ku madzhar mendalami & mendapat tip2 berguna dari sifu ttg dunia forex.. Di sini juga kami merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada sifu kerana mengundang kami bermalam di rumah beliau di Bandar Puteri, Selangor. Insyaallah tip2 & idea akan digunakan sebaik mungkin.. amin..

Ku Madzhar sedang menghadiri kursus
Azmi sedang meneliti market
Bergambar di bilik master!!
Bersembang sebelum berangkat pulang
Madzhar & Azmi sempat mendapatkan pandangan dr master!!

Hari Ini Dalam Lipatan Sejarah!


Hari ini dlm lipatan sejarah apabila kesucian DUN Perak terpaksa bersidang di bawah pokok. Jika dilihat ia melucukan tetapi inilah hakikatnya Malaysia Menuju Kearah Negara Polis @ Kuku Besi. Diburukan lagi apabila Perlembagaan diketepikan oleh pemerintah & sikap berdiam diri DYMM Sultan. Akibatnya rakyat menjadi mangsa kekejian pemerintah bertopengkan kuasa & darjat. Ikuti perkembangan terkini ini amat menyedihkan bg sebuah negara yang bernama DEMOKRASI.

"Dalam sidang tergempar yang diadakan di bawah pokok di kawasan letak kereta berhampiran bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh, wakil rakyat Pakatan meluluskan usul menyokong Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar serta meluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak." - Malaysiakini.com


"bertenang dan mematuhi undang-undang. Beliau meminta rakyat supaya tidak mengikut tindak tanduk golongan yang didakwanya menghalangnya dan wakil rakyat Pakatan yang lain daripada memasuki DUN awal pagi ini." - Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin

Tol Naik Lagi??

Tak de cerita lain, naik..naik..naik apa yang turun?? Aku pun tak paham dengan gov sekarang ni!Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, kilang-kilang banyak yang tutup, suasana politik yang kacau bilau, tiada perlaburan masuk, yang dok sibuk nak jaga pangkat & kedudukan depa je..