Showing posts sorted by relevance for query kinabalu. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query kinabalu. Sort by date Show all posts

Friday, October 17, 2008

Coretan XPDC Kinabalu (Episod 2)

Setiba kami Kota Kinabalu (KK) kami terus check-in hotel, Borneo Adventure Backpacker di area Kg Ayer & Sinsuran. Aku discribe la hotel backpacker ni macam mana..RM21 je sorang per night. Bilik jenis dorm 4 orang 1 bilik, katil double dackers..bilik mandi 2,bilik melepas 2, share 1 floor! Memang backpaker sungguh..tp yg pegi semua bujang-bujangan so no problem la. Lagi 1 bersih, itu je yg buat aku blh tahan.Take rest puas-puas kat bilik, makan malam kat area hotel & tido.

10 Okt 2008 @ 4.00 a.m : Bertolak dari KK ke Masilau( Starting Point Mendaki)




Perjalanan ke Masilau memakan masa lebih kurang 2jam. So, ambik kesempatan untuk tido dalam van..meleleh oo hahaha

10 Okt 2008 @ 7.40 a.m : Masilau( Starting Point Mendaki )

Selepas bersarapan, kami terus ke Starting point pendaki di Masilau. Buat pengetahuan starting point untuk naik ke puncak gunung kinabalu ada 2 laluan. Laluan biasa dari Timpohon(Kinabalu Park) ke Puncak sejauh 6 KM. Laluan luar biasa dari Masilau ke Puncak sejauh 8 KM. So, lalaun kami ini semmg panjang dan adventure. Ikuti rentetan perjalanan yg sempat aku rakam..

8.15 a.m - Penerangan dari tour guard yg akan memimpin kami hingga ke Laban Rata tempat pendaki berehat kira-kira 3/4 perjalanan nanti.



Perjalanan mengambil masa kira-kira 8jam untuk sampai di Laban Rata iaitu kira-kira 4.30 p.m

Pendaki perlu sampai di Laban Rata selewat-lewatnya pukul 6 ptg bg membolehkan badan mendpt rehat secukupnya utk mendaki ke puncak.

8.30 a.m - Memulakan pendakian dgn bacaan doa dari En. Mazli.



Pada ketika ini cuaca dlm keadaan baik dan keadaan sejuk sekitar 16 darjah calcius.








Keadaan jalan bertangga & berbatu mmg mencabar aku dari awal lg. Maklumlah pagi-pagi naik tangga mmg melenguhkan kaki aku.















8.45 a.m - Di awal pendakian pemandangan cukup menarik. sempat bergambar di lering gunung yg menggayatkan. Terasa bebas ...

8.52 a.m - Tiba di checkpoint KM 1, kelihatan muka aku masih tersenyum & bersemangat.













9.10 a.m - Tiba di checkpoint KM 1.5, kelihatan masih tersenyum girang..

Tuesday, October 21, 2008

Catatan XPDC Kinabalu (Episod 5)

"Betul ke ni aku telah memijakkan kaki di puncak Gunung Kinabalu", itu perasaan aku bila menghampiri puncak. Rasa seperti masih bermimpi "ku tampar pipi ku..ohh benar rupanya"..
6.00 a.m - Tepat pukul 6.00 pagi @ 11 Okt 2008 aku sampai di puncak bersama seorang lagi pendaki iaitu Fairuz. Terasa bagai berada di puncak dunia..Kawasan puncak cukup kecil tidak membolehkan pendaki duduk lama disitu.

Tak sampai 10 minit berdiri dipuncak bergambar jari-jari tangan mula terasa sukar utk bergerak & kebas. Mmg teramat sejuk..


6.15 a.m - Kami turun sedikit dari puncak sementara menunggu rakan lain sampai.










6.30 a.m - 4 org telah menjejakkan kaki di puncak.Mendapat perkabaran 1 lg bakal sampai di puncak & 2 org lg tidak sempat sampai di checkpoint akhir sayat-sayat hut pukul 4.30 pagi & mereka terpaksa berpatah balik ke laban rata.





6.40 a.m - Alhamdulillah kelima-lima WIRA (USM/Enovate/Kelab PPKT) hahahhaha telah menawan puncak Gunung Kinabalu. Kenapa aku ketawa...nak tahu tanya dlm ym la..hehehe
Setelah puas bergambar aku & rakan terpaksa meneruskan perjalanan turun ke laban rata kerana semakin lewat kami turun keadaan angin semakin kuat & boleh membahayakan.
Dalam perjalanan pulang ke laban rata keseronokan tergambar di muka aku & rakan. Perjalanan pulang kami ke kem laban rata tidak terasa penat kerana sepanjang perjalanan turun macam-macam gelagat & perkara disembangkan. Mmg kelakar..sepanjang jalan bergambar je, utk pembaca blog semua kalau nak tgk gambar lain yg ekslusif bleh lawati flickr aku @ http://www.flickr.com/photos/razifnana-family/

Thursday, October 16, 2008

Coretan XPDC Kinabalu (Episod 1)

Dalam orang lain sibuk beraya sakan, aku pula terpaksa membuat persediaan untuk XPDC Menawan Puncak Gunung Kinabalu yang telah dirancang sekian lama. Raya tahun ni berbeza sedikit kerana aku terpaksa mengurangkan @ menahan nafsu makan Lemang & Rendang, Ketupat & kuah kacang, Kuih raya @ tat nenas/almond london/bahulu..fuhhh meleleh air liur..hahhaha.
Persediaan peralatan seperti baju sejuk, sarung tangan, topi/sarung muka, headlamp, kasut mendaki dan lain2. Selain persediaan peralatan mendaki persediaan MENTAL & FIZIKAL amat penting untuk memastikan misi tercapai. Ikuti catatan perjalanan aku menuju puncak;
9 Okt 2008 @ 9.30 pagi : Berkumpul di Penang International Airport
9 Okt 2008 @ 10.30 pagi : Berlepas ke Kota Kinabalu

Bersambung....

Thursday, September 18, 2008

::Ekspedisi Takluk Gunung Kinabalu 2008::

Misi Ekspedisi Takluk Gunung Kinabalu 2008 ini pada awalnya anjuran sendirian berhad tetapi pihak USM,PPKT & Kelab PPKT berminat utk menjadi penganjur & memberi sokongan moral kepada pendaki.

Disertai oleh 8 peserta diketuai oleh En. Shahrizal Nazri, En Mazli, En Zulli, En. Fairuz, En. Abd Razak, En. Suhairi, En. Azhar & En. Razif(saya le).
Ekspedisi ini dijadualkan pada 9hb Okt 2008 - 13hb Okt 2008, lebih kurang 21 hari lagi. Berbekalkan ketupat,lemang,kuih raya almaklumlah br abis seminggu raya menjadi cabaran fizikal & stamina para pendaki.
"Doakan kami selamat pergi & selamat kembali"

Tuesday, October 21, 2008

Catatan XPDC Kinabalu (Episod 3)


12.30 p.m - Rasa seperti dah separuh jalan ttp hakikatnya baru suku perjalanan.Tersilap percaturan dari segi makanan, makanan yg kami bawa terlalu sedikit. Maggi ada air panas tak ada. Makan la apa yang ada maggi makan mentah-mentah roti 60sen cicah air kosong... derita pendakian masih jauh.









1.00 p.m - Hujan mengiringi pendakian kami ke laban rata. Dalam keadaan sejuk dgn baju, seluar & bag yg basah..."anda pikirlah sendiri"


















Gambar rakan2 aku yang lain meredah cabaran kinabalu.. masih boleh mengukir senyuman tetapi dlm hati sapa yang tahu..hahahha






5.05 p.m - Aku, suhairi & zulli sampai di laba rata. Gambaran tidak seperti ini, berkabus & bangunan ini pun x nampak sewaktu kami sampai.

Rakan-rakan lain sampai di laba rata lebih kurang pukul 6.00 p.m

Menikmati hidangan yg disediakan bagaikan orang 10 hari x makan, bygkan tahap kelaparan yg amat sgt.

Pukul 6.30 ptg salin pakaian kering dan x de cerita dah selepas itu kecuali tidur...

Catatan XPDC Kinabalu (Episod 4)

11 Okt 2008 @ 1.00 a.m
1.00 a.m - Bangun seawal 1.00 a.m bersiap utk meneruskan perjalanan.

1.30 a.m - Bersarapan terlebih dahulu, kali ini sarapan x bg "chance" makan sekenyang-kenyang nyer sbb tidak tahu berapa lama pulak perjalanan ke puncak.
2.00 a.m - Briefing serba sedikit dr tour guard, gambaran perjalanan & bahaya yg menanti kami menuju ke puncak.


2.30 a.m - Bersedia memulakan perjalanan, suhu pada ketika ini 8.3 darjah calcius.

Berbekalkan headlamp meredah rintangan dihadapan. Apa pun tidak kelihatan di kiri & kanan apa yg dpt dilihat hanya tempat utk di pijak di hadapan. Kalau harimau ada kat tepi pun mmg x perasan.. :-)

Sepanjang perjalanan menuju puncak mmg tidak boleh lalai..kena ikut tali yg sedia ada. Menurut tour guard kami ada beberapa kawasan wajib memegang tali, kalau tidak...alamat la.. Sempat juga sebelum bertolak beliau beritahu kami seblm bulan posa yg lalu 2 org warga china mati ketika pendakian ke puncak..hah, muka masing2 dah lain macam dah..abstrak disebalik apa yg bakal dilalui nnt. Sepanjang perjalanan ini mmg tidak sempat utk bergambar kerana kami mengejar masa utk melihat matahari terbit.


5.20 a.m - Berada sekitar KM 8, kira2 1km lagi utk sampai ke puncak. Kat sini aku mengambil keputusan utk tidak kepuncak kerana takut x sempat utk melihat matahari terbit kira2 pukul 5.40 pagi.
















Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons