Friday, October 17, 2008

Coretan XPDC Kinabalu (Episod 2)

Setiba kami Kota Kinabalu (KK) kami terus check-in hotel, Borneo Adventure Backpacker di area Kg Ayer & Sinsuran. Aku discribe la hotel backpacker ni macam mana..RM21 je sorang per night. Bilik jenis dorm 4 orang 1 bilik, katil double dackers..bilik mandi 2,bilik melepas 2, share 1 floor! Memang backpaker sungguh..tp yg pegi semua bujang-bujangan so no problem la. Lagi 1 bersih, itu je yg buat aku blh tahan.Take rest puas-puas kat bilik, makan malam kat area hotel & tido.

10 Okt 2008 @ 4.00 a.m : Bertolak dari KK ke Masilau( Starting Point Mendaki)




Perjalanan ke Masilau memakan masa lebih kurang 2jam. So, ambik kesempatan untuk tido dalam van..meleleh oo hahaha

10 Okt 2008 @ 7.40 a.m : Masilau( Starting Point Mendaki )

Selepas bersarapan, kami terus ke Starting point pendaki di Masilau. Buat pengetahuan starting point untuk naik ke puncak gunung kinabalu ada 2 laluan. Laluan biasa dari Timpohon(Kinabalu Park) ke Puncak sejauh 6 KM. Laluan luar biasa dari Masilau ke Puncak sejauh 8 KM. So, lalaun kami ini semmg panjang dan adventure. Ikuti rentetan perjalanan yg sempat aku rakam..

8.15 a.m - Penerangan dari tour guard yg akan memimpin kami hingga ke Laban Rata tempat pendaki berehat kira-kira 3/4 perjalanan nanti.



Perjalanan mengambil masa kira-kira 8jam untuk sampai di Laban Rata iaitu kira-kira 4.30 p.m

Pendaki perlu sampai di Laban Rata selewat-lewatnya pukul 6 ptg bg membolehkan badan mendpt rehat secukupnya utk mendaki ke puncak.

8.30 a.m - Memulakan pendakian dgn bacaan doa dari En. Mazli.



Pada ketika ini cuaca dlm keadaan baik dan keadaan sejuk sekitar 16 darjah calcius.








Keadaan jalan bertangga & berbatu mmg mencabar aku dari awal lg. Maklumlah pagi-pagi naik tangga mmg melenguhkan kaki aku.















8.45 a.m - Di awal pendakian pemandangan cukup menarik. sempat bergambar di lering gunung yg menggayatkan. Terasa bebas ...

8.52 a.m - Tiba di checkpoint KM 1, kelihatan muka aku masih tersenyum & bersemangat.













9.10 a.m - Tiba di checkpoint KM 1.5, kelihatan masih tersenyum girang..

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons