"Betul ke ni aku telah memijakkan kaki di puncak Gunung Kinabalu", itu perasaan aku bila menghampiri puncak. Rasa seperti masih bermimpi "ku tampar pipi ku..ohh benar rupanya"..
6.00 a.m - Tepat pukul 6.00 pagi @ 11 Okt 2008 aku sampai di puncak bersama seorang lagi pendaki iaitu Fairuz. Terasa bagai berada di puncak dunia..Kawasan puncak cukup kecil tidak membolehkan pendaki duduk lama disitu.
Tak sampai 10 minit berdiri dipuncak bergambar jari-jari tangan mula terasa sukar utk bergerak & kebas. Mmg teramat sejuk..
6.15 a.m - Kami turun sedikit dari puncak sementara menunggu rakan lain sampai.
6.30 a.m - 4 org telah menjejakkan kaki di puncak.Mendapat perkabaran 1 lg bakal sampai di puncak & 2 org lg tidak sempat sampai di checkpoint akhir sayat-sayat hut pukul 4.30 pagi & mereka terpaksa berpatah balik ke laban rata.
6.40 a.m - Alhamdulillah kelima-lima WIRA (USM/Enovate/Kelab PPKT) hahahhaha telah menawan puncak Gunung Kinabalu. Kenapa aku ketawa...nak tahu tanya dlm ym la..hehehe
Setelah puas bergambar aku & rakan terpaksa meneruskan perjalanan turun ke laban rata kerana semakin lewat kami turun keadaan angin semakin kuat & boleh membahayakan.
Dalam perjalanan pulang ke laban rata keseronokan tergambar di muka aku & rakan. Perjalanan pulang kami ke kem laban rata tidak terasa penat kerana sepanjang perjalanan turun macam-macam gelagat & perkara disembangkan. Mmg kelakar..sepanjang jalan bergambar je, utk pembaca blog semua kalau nak tgk gambar lain yg ekslusif bleh lawati flickr aku @ http://www.flickr.com/photos/razifnana-family/
1 comments:
tahniah bro.. sebab dah dapat tawan.. sure banyak pengalaman yang tak dapat nak lupakan.. congrats dude.. boleh set target lepas ni tawan gunung lain pulak
Post a Comment