Mengemparkan, Menghairankan & Mengelirukan..itulah yang dapat aku gambarkan isu yang cuba di PANAS kan hujung minggu lalu.
Kisahnya begini, pada awal pagi Jumaat yang lalu seperti biasa masuk office awal pagi buka Lotus Notes (email utk kakitangan usm). Aku lihat ada lebih 7 email yang masih belum aku baca. Aku mula membuka email ini 1 per 1. Daripada 7 email ini terdapat 1 email yang bertajuk Fw: Free Laptop yang di forward kat inbox aku oleh staf usm juga. Aku ringkaskan isi kandungan email ini.."Syarikat Ericsson sekiranya kita forward ke 7 org rakan kita akan diberi laptop percuma." Seperti email-email tawaran yang lain sebelum ini aku pun copy & paste email staf2 lain lebih kurang 20 email & klik fwd. Tutup email notes sambung keje aku & kuar sarapan.
Petang itu aku dijadualkan ke Baling, Kedah sbb ada perlawanan persahabatan antara USM vs 1 kelab bola sepak daerah Baling, Kedah. Sedang termenung menanti menaiki bas, handphone aku berbunyi dr no 019...... aku pun menjawap panggilan tersebut. " Oit ajib ada mana?, ni nama hang popular ni pasal email yang hang fwd tadi..ala yang email Free Laptop...spam email" macam tu la lebih kurang ayat yang member aku call bagi tahu. Aku pun termenung seketika..&*$?P#@&^!#*)~&* blur aku apa masalah nyer?? Kalau spam biasalah..belambak spam email sebelum ni.Aku pun maleh nak pikir.. fokus on game malam ni..
Esoknya petang sabtu, aku pun relak on laptop. Wife aku menyapa.."ha baru teringat, pasal email yg yang fwd tu..En A suruh minta maaf & tarik balik email tersebut" Fuhh biar betul ni betul-betul berita panas ni, habis 1 usm tahu..aku pun terus baca kandungan email yang di hantar oleh En A selaku Admin bg email Notes tersebut..Terkejut beruk-beruk dekat taman rimba membaca isi kandungan email tersebut.
Sebelum percaya benda-benda ini, sila buat kajian terlebih dahulu. Ini bukan kempen dari Ericsson! Kenapa? Takde orang nama xxxxxxxx .Yang kedua, Macam mana Anna nak buat pemilihan siapa yang patut dapat Notebook atau handphone free? Lain kali check Urban Legends atau Hoax pages sebelum forward benda-benda ni.
Rujuk:
http://urbanlegends.about.com/od/internet/a/ericsson_hoax.htm http://www.snopes.com/inboxer/nothing/ericsson.asp
Mana Mail Admin macam saya tak marah!!!!!!!!! Lagi satu, dipersilakan akaun (alamat email) anda dikutip oleh SPAMMERS.. bukti? Sila lihat ruangan CC: dan To: Ilmu kutip alamat email ini, paling senang dipelajari... guna Copy+Paste aje.. Haha!
Boleh tak minta penghantar email asal ini minta maaf pada semua orang dan tarik balik email yang dihantar? hah hah hah!! Salam mesra!!!!
PERSOALAN aku mudah;
1. Pernah tak korang yang guna email free ni seperti Yahoo,Gmail or Hotmail menerima email daripada ADMIN EMAIL tersebut yang meminta penghantar email(anda) memohon maaf secara terbuka, kerana fwd email spam..warrrghhhh3x! Pertama dalam sejarah teknologi email oo..sapa?? aku la hahahhaha
2. Aku nak tanya korang secara jujur, pernah ke dalam banyak2 email yang korang nak forward korang check dkt Urban Legends atau Hoax pages??
3. Bukan ke setiap host mail yang bagus perlu ada SPAM GUARD or Filtering. Apa fungsi Junk Mail dalam lotus notes tu? Mana member2 aku yang ada email notes pernah tak terdapat email dalam Junk Mail notes korang?? Tak de kan?..so..
4.Persoalan penting aku, Kenapa dia minta aku yang memohon maaf?? Sedangkan email tu di fwdkan kali pertama dalam Intranet USM ialah dari JPEND/USM!
Email yg aku balas dkt admin / En A
Salam to all,
1st seperti yang di minta oleh admin saya minta maaflah atas email yg di fwd ke semua email yang terlibat.
2nd Tak pernah terjadi dalam dunia IT " pengguna email" diminta utk meminta maaf atas email yg dihantar. (bermakna takde privacy)
Selain itu, kenapa email2 ni boleh terlepas dari filter email notes itu sendiri. Apa fungsi junk mail? kenapa mail semua terus ke Inbox walaupun scanner mail mengatakan email ini ada kemungkinan spam..
Saya pun kurang arif dgn mail notes ni, sbb dah berapa version upgrade.tak de spam guard ke?
Lastly sekali lagi saya mohon maaf kepada semua yang terlibat terutama admin, sbb saya pun x de masa nak check setiap email tu..sbb terlalu banyak email yang x kenal, x kan nak check 1-1 kot..
KESIMPULAN aku;
Bagi pendapat aku mudah, isu ini tidak timbul sbb email spam berlambak2 dlm internet sapa-sapa boleh menerimanya. Selain tu, seperti mail provider cth mudah YAHOO, GOOGLE, MSN or yang lain mereka tidak menyalahkan pengguna mereka tetapi mereka melihat kelemahan mereka & cuba mengatasinya. Kesimpulan yang nyata lagi bersuluh..ianya seperti membuka & memberitahu kepada umum ttg kelemahan Notes itu sendiri..sedangkan sebelum ini orang x tahu pun notes tu x filter or x de Spam Guard. Akhir sekali, kemungkinan disebabkan akhir2 ini Host Mail di usm ini dpt kritikan hebat dari orang atasan sebab email penting x sampai kepada penerima @ lambat. Atau ada sebab lain??hehehhe
Penggunaan Redis di dalam PHP 7.2
5 years ago
1 comments:
heheh syabas betty.. bagi aku.. kenapa pulak hang nak minta maaf..benda ni sepatutnya takkan terjadi.. if admin put a spam guard in place.. lawak betul laa depa ni
Post a Comment