Thursday, April 22, 2010

Razif Kembali Sebagai GK??

Razif Junaidy Osman kembali menyarung jersi Penjaga Gol selepas berehat panjang selama hampir 4 tahun. Kini menandatangani kontrak dengan pasukan baru Minden Rebels(USM). Rehat yang panjang akibat dari kecederaan jari tangan memaksa Razif mengubah posisi kepada pemain pertahanan.
Pencapaian membawa pasukan USM ke liga FAM tahun lalu cukup manis buat beliau. Tetapi menarik diri dari skuad Liga FAM USM kerana menyambung pelajaran beliau.

Kini beliau kembali menyarung "glove" sebagai penjaga gawang MINDEN REBELS. Antara aksi sulung bersama pasukan barunya.








Thursday, April 1, 2010

Untuk Mu Isteri..

SEMPURNA

Kau begitu sempurna, dimata ku kau begitu indah
Kau membuat diri ku, akan s’lalu memuja mu

Disetiap langkah ku, ku ‘kan s’lalu memikirkan, diri mu
Tak bisa ku bayangkan hidup ku tanpa cinta mu

Janganlah kau tinggalkan diri ku,
tak ‘kan mampu menghadapi semua
Hanya bersama mu ku akan bisa

Kau adalah darah ku
Kau adalah jantung ku
Kau adalah hidup ku, lengkapi diri ku
Oh sayangku kau begitu,
sempurna, sempurna~


Kau genggam tangan ku, saat diri ku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata, dan hapus semua sesal ku

Kau adalah darah ku
Kau adalah jantung ku
Kau adalah hidup ku, lengkapi diri ku
Oh sayangku kau begitu,
Sayangku kau begitu,
sempurna, sempurna~


Tuesday, September 15, 2009

Raya..Raya..Raya..

Kehangatan Aidilfitri sudah mula dirasai, tinggal beberapa hari sahaja menjelang 1 syawal. Tiap2 tahun kemeriahannya pasti terasa.. Cerita bab raya & bunga apa mmg x dapat nak dipisahkan! Bayangkan menjelang nak raya senyap sunyi jer..something yang x kena rasanyer! Tahun ni anak dah besar dah pandai nak minta main bunga api.. seronok tgk kawan-kawan main! Teringat zaman kanak-kanak dulu, minta abah beli bunga api..kali ni masa anak aku pulak minta bunga api dkt ayah dia..hehehe syok oo sekali sekala join keseronokan depa ni. Tapi kena tgk..jgn di biar jer...

Thursday, September 3, 2009

Renovation..Enovate





Minggu ni kelam-kabut skit jadi nyer dgn keadaan opis yang tengah di renovation. Dah la bulan posa, mengangkat barang opis.. Pusat Komputer(tempat keje..usm) boleh kata fully renovate la, tp bilik aku pun terlibat la jugak..tukar kapet jer tp biasala angkut perabih semua.
Nak jalan masuk pun penuh rintangan, silap hari bulan bleh xcident ooo
Fuh..bayangkan bulan posa ni mengangkat barang-barang ni,cobaan...Nasib baik la apek2 & bangla kontrak tu ada tlg mengangkat.Kalau tidak tak tahu la posa hari ..hehehehe
Kerja-kerja penukaran kapet sedang dilakukan..Awas Lipas,Lipan!!Macam2 ada..sebab bangunan pusat komputer ni mmg dah lama(tgk gambar ekon dkt bawah ni).Macam2 cerita ada..

Renovate ni ok..cuma 1 jer nak komen, buat renovation soh staf pindah keluar tapi penempatan sementara tak disediakan..apa kexxxxxnya, kami nak merempat tang mana?Sabar2 bulan posa..

Wednesday, July 1, 2009

Santai di Air Terjun Bukit Hijau, Kedah

Air terjun Bukit Hijau yang terletak di kawasan pendalaman merupakan kawasan rekreasi santai yang indah, masih semulajadi & udara yang segar sesuai untuk bersantai bersama keluarga.

Kenderaan : Kereta
Kelajuan : 90-110km/j
Kilometer : 58.5km
Masa Perjalanan : 0 Jam 59 Minit

Antara gambar-gambar keluarga yang sempat diambil :

Sunday, April 19, 2009

Kisah Di Lost World Tambun!

Ermm..lama tak update blog disebabkan kesibukan tugas-tugas harian serta "memorex" tiap-tiap hari.

Baru-baru ini Kelab PPKT (kelab staf di opis aku) mengadakan Family Day atau dalam bahasa melayu nyer hari keluarga. Banyak perkara dirancang sebelum hari keluarga tersebut sehinggalah dari segi pengangkutan, aktiviti, makan dan bermacam-macam lagi. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tahniah buat ahli-ahli belakang tabir yang bertungkus-lumus menghidupkan aktiviti kelab ini. Bagi aku kalau tak der orang-orang macam ni kelab ni lama kelamaan akan menjadi seperti "Hidup segan mati tak mahu" . Sorotan perjalanan tersebut aku abadikan dalam blog aku ni, untuk tatapan rakan-rakan serta pengunjung blog ni.

8.00pagi - 8.30pg : Berkumpul di R&R Juru
10.30 - Tiba di Plaza Tol Jelapang
11.15pg : Bergambar sebelum memasuki Lost World
11.30pg - 5.30ptg : Gelagat di Lost World

Wednesday, March 11, 2009

Buah Tangan Dari Shah Alam

Last week berkesempatan untuk ziarah Sifu Roslan di Shah Alam selama 2 hari. Bersembang pelbagai topik sambil mendapatkan pandangan & komen ttg bisnes,forex & tip memancing udang rimau pun ada. Juga berpeluang melihat beliau mengendalikan kursus forex beliau di Shah Alam.

Hadir bersama 2 org rakan azmi & ku madzhar mendalami & mendapat tip2 berguna dari sifu ttg dunia forex.. Di sini juga kami merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada sifu kerana mengundang kami bermalam di rumah beliau di Bandar Puteri, Selangor. Insyaallah tip2 & idea akan digunakan sebaik mungkin.. amin..

Ku Madzhar sedang menghadiri kursus
Azmi sedang meneliti market
Bergambar di bilik master!!
Bersembang sebelum berangkat pulang
Madzhar & Azmi sempat mendapatkan pandangan dr master!!

Tuesday, March 3, 2009

Hari Ini Dalam Lipatan Sejarah!


Hari ini dlm lipatan sejarah apabila kesucian DUN Perak terpaksa bersidang di bawah pokok. Jika dilihat ia melucukan tetapi inilah hakikatnya Malaysia Menuju Kearah Negara Polis @ Kuku Besi. Diburukan lagi apabila Perlembagaan diketepikan oleh pemerintah & sikap berdiam diri DYMM Sultan. Akibatnya rakyat menjadi mangsa kekejian pemerintah bertopengkan kuasa & darjat. Ikuti perkembangan terkini ini amat menyedihkan bg sebuah negara yang bernama DEMOKRASI.

"Dalam sidang tergempar yang diadakan di bawah pokok di kawasan letak kereta berhampiran bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh, wakil rakyat Pakatan meluluskan usul menyokong Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar serta meluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak." - Malaysiakini.com


"bertenang dan mematuhi undang-undang. Beliau meminta rakyat supaya tidak mengikut tindak tanduk golongan yang didakwanya menghalangnya dan wakil rakyat Pakatan yang lain daripada memasuki DUN awal pagi ini." - Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin

Thursday, February 26, 2009

Tol Naik Lagi??

Tak de cerita lain, naik..naik..naik apa yang turun?? Aku pun tak paham dengan gov sekarang ni!Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, kilang-kilang banyak yang tutup, suasana politik yang kacau bilau, tiada perlaburan masuk, yang dok sibuk nak jaga pangkat & kedudukan depa je..

Friday, February 6, 2009

Kebangkitan Rakyat Perak

Sorotan Terkini Bantahan Rakyat Perak :
Aku juga anak jati Perak, jgn biar rakyat Perak diperbodohkan oleh rejim BN..
kemaskini 4.22pm Mesyuarat beberapa pemimpin kanan Pakatan Rakyat di pejabat datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung selepas jam 4 petang tadi. Mereka dijadual mengadakan sidang media, mengulas perkembangan terkini di Perak yang menyaksikan kewujudan dua menteri besar - Datuk Dr Zambry Abd Kadir bagi pihak BN dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin bagi pihak Pakatan Rakyat.

kemaskini 4.12pm Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak selesai selepas bacaan doa mufti Datuk Seri Harussani Zakaria.

kemaskini 4pm Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru Perak, memimpin kerajaan BN yang berjaya menumbangkan Pakatan Rakyat melalui usaha lompat parti.Seorang AJK PAS Perak dibenarkan menaiki kenderaan polis pencegah rusuhan FRU dan berucap kepada 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di depan Masjid Ubudiah. Beliau berkata mesej mereka "telah disampaikan ke serata dunia" dan mereka bersurai.

kemaskini 3.55pm Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir sedang berlangsung dan disiarkan secara langsung melalui TV1.

kemaskini 3.36pm Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir akan berlangsung tidak lama lagi. Semua 28 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah memutuskan untuk memulaukan majlis tersebut di balai istiadat Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

kemaskini 3.33pm Pemimpin PAS mengarahkan para penunjuk perasaan bersurai, dan menyeru polis agar bertenang dan berundur.

kemaskini 3.25pm Keadaan mulai kembali tenang di Masjid Ubudiah di bandar diraja Perak. Kelihatan beberapa orang menangis, sambil mengeluh "kenapa masjid diperlakukan sebegitu."Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya jam 4.30 petang ini.

kemaskini 3.18pm Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di kawasan masjid. Polis melepaskan lebih banyak gas pemedih mata, termasuk ke arah beberapa kediaman berhampiran tempat ibadat itu.

kemaskini 3.11pm Kelihatan sejumlah orang baring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana.
Sekejap tadi polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang tadi.

kemaskini 3.08pm Kira-kira 300 orang menghalang jalan menuju istana. Polis pencegah rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi kali ketiga ke arah mereka.
Sementara itu, polis menangkap para penyokong menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
Tiada angka rasmi jumlah tangkapan diketahui, setakat ini.

kemaskini 3.01pm Polis pencegah rusuhan mengejar orang ramai di jalan depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Mereka berlari tidak tentu arah dalam keadaan asap tebal gas pemedih mata.

Beberapa orang penyokong kelihatan membaling objek seperti kayu ke arah polis.
Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.

kemaskini 2.58pm Perkumpulan orang ramai mula berundur ke dalam kawasan perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar sekali lagi selepas polis melepaskan gas pemedih mata bagi kali kedua.
Jumlah mereka dianggarkan 3,000 orang. Lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan, termasuk ke arah tempat letak kereta masjid.
Mereka masih mendesak ingin bergerak ke Istana Iskandariah, tempat berlangsung majlis angkat sumpah menteri besar baru Datuk Dr Zambry Abd Kadir jam 3.30 petang ini.

kemaskini 2.50pm Polis mengarahkan orang ramai bersurai. Penyokong Pakatan Rakyat kini berada di tepi jalan. Gas pemedih mata dilepaskan sekali lagi.
Lima trak polis kelihatan, tiada kenderaan pemancut air kelihatan. Tiada tangkapan dilaporkan, setakat ini.
Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.

kemaskini 2.40pm Perkumpulan orang ramai yang bertempiaran bergabung semula di atas jalan depan Masjid Ubudiah selepas polis melepaskan gas pemedih mata.
Polis pencegah rusuhan dari arah Istana Iskandariah sedang menuju ke arah ratusan penyokong Pakatan Rakyat itu. Kedengaran siren polis.

kemaskini 2.26pm Mereka merempuh sekatan polis di luar pintu masuk Masjid Ubudiah untuk berarak ke Istana Iskandariah.
Kira-kira 50 anggota polis termasuk unit pencegah rusuhan FRU terpaksa mengelak dan berdiri di tepi jalan.
Polis melepaskan gas pemedih mata, kedengaran sekurang-kurangnya tiga das ke arah kumpulan orang ramai.
Sebahagian kumpulan itu berundur semula ke dalam kawasan pagar masjid, sementara sebahagian lagi lari bertempiaran di tepi jalan menuju istana.

kemaskini 3.18pm Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di kawasan masjid. Polis melepaskan lebih banyak gas pemedih mata, termasuk ke arah beberapa kediaman berhampiran tempat ibadat itu.

kemaskini 3.11pm Kelihatan sejumlah orang baring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana.
Sekejap tadi polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang tadi.

kemaskini 3.08pm Kira-kira 300 orang menghalang jalan menuju istana. Polis pencegah rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi kali ketiga ke arah mereka.
Sementara itu, polis menangkap para penyokong menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
Tiada angka rasmi jumlah tangkapan diketahui, setakat ini.

kemaskini 3.01pm Polis pencegah rusuhan mengejar orang ramai di jalan depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Mereka berlari tidak tentu arah dalam keadaan asap tebal gas pemedih mata.
Beberapa orang penyokong kelihatan membaling objek seperti kayu ke arah polis.
Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.

kemaskini 2.58pm Perkumpulan orang ramai mula berundur ke dalam kawasan perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar sekali lagi selepas polis melepaskan gas pemedih mata bagi kali kedua.
Jumlah mereka dianggarkan 3,000 orang. Lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan, termasuk ke arah tempat letak kereta masjid.
Mereka masih mendesak ingin bergerak ke Istana Iskandariah, tempat berlangsung majlis angkat sumpah menteri besar baru Datuk Dr Zambry Abd Kadir jam 3.30 petang ini.

kemaskini 2.50pm Polis mengarahkan orang ramai bersurai. Penyokong Pakatan Rakyat kini berada di tepi jalan. Gas pemedih mata dilepaskan sekali lagi.
Lima trak polis kelihatan, tiada kenderaan pemancut air kelihatan. Tiada tangkapan dilaporkan, setakat ini.
Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.

kemaskini 2.40pm Perkumpulan orang ramai yang bertempiaran bergabung semula di atas jalan depan Masjid Ubudiah selepas polis melepaskan gas pemedih mata.
Polis pencegah rusuhan dari arah Istana Iskandariah sedang menuju ke arah ratusan penyokong Pakatan Rakyat itu. Kedengaran siren polis.

kemaskini 2.26pm Mereka merempuh sekatan polis di luar pintu masuk Masjid Ubudiah untuk berarak ke Istana Iskandariah.
Kira-kira 50 anggota polis termasuk unit pencegah rusuhan FRU terpaksa mengelak dan berdiri di tepi jalan.
Polis melepaskan gas pemedih mata, kedengaran sekurang-kurangnya tiga das ke arah kumpulan orang ramai.
Sebahagian kumpulan itu berundur semula ke dalam kawasan pagar masjid, sementara sebahagian lagi lari bertempiaran di tepi jalan menuju istana.

kemaskini 2.21pm Beberapa ratus orang, termasuk wanita, penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Masjid Ubudiah selepas solat Jumaat sebentar tadi.
Mereka dijangkakan berarak ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang terletak beberapa ratus meter dari masjid.

kemaskini 2.15pm Gelaran “Datuk Seri” yang dianugerahkan kepada bekas menteri besar Pakatan Rakyat di Perak wajar ditarik balik sebagai pengajaran kepada mereka yang menderhaka.
Ketua bahagian Umno Cheras, Senator Datuk Syed Ali Alhabshee juga berkata beliau tidak menolak kemungkinan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang krisis tersebut dan bersikap“lempar batu sembunyi tangan”, lapor Bernama.
kemaskini 1pm Datuk Seri Najib Razak dilaporkan membayangkan perkembangan di Perak ini akan berulang di negeri-negeri lain yang diperintah Pakatan Rakyat.
Timbalan perdana menteri berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada perkembangan semasa politik.

Tuesday, February 3, 2009

Potential Investment

Potential Investment - Rentetan dari blog bro rezdrake

Isu kegawatan ekonomi dunia sekarang mmg pada tahap 3/5. Private sector di penang terutama kilang disini dah mula shutdown tanpa gaji,diberi cuti khas & yang paling teruk diberi notis 24hour berhenti.

Bab gawat ni di Malaysia bg pendapat aku mmg dah tidak asing lg, ekonomi dunia ok sekalipun rakyat nya masih dalam kegawatan. Apatah lg bila ekonomi dunia gawat, rakyat bagaikan "Dah Jatuh Di Timpa Hutang Yang Tak Dapat Nak Bayar".

Memang dalam pemikiran kita "ohh ini kena cari pendapatan sampingan ni(part time)". Tetapi part time mcm mana? Adakan MultiLevelMarketing @ ??? Boleh di anggarkan 90% akan memilih MLM. Alhamdulillah..mmg MLM boleh menghasilkan pendapatan sampingan yang lumayan. Tetapi...

MLM Dulu & Sekarang

Sentuh bab MLM ni, aku mmg pernah join & menikmati faedah dari syarikat MLM dengan 100% komitmen. Cuma sekarang ni kurang aktif dalam bidang ni..di sebabkan oleh komitmen.

Pandangan aku terhadap MLM dahulu (2-3 tahun sebelum 2008/2009) . Kalau dilihat setiap MLM mempunyai Reputasi Hebat,Killer Produk Yg Hebat & Marketing Plan Yang Hebat. Modal yang diperlukan hanyalah..sekitar kemampuan untuk menjadi ahli. Contoh nak jadi ahli RM30-RM300 & boleh memulakan perniagaan MLM dengan mendapat keuntungan RUNCIT & faedah-faedah yang ditawarkan oleh syarikat MLM tersebut.

KINI... MLM kini lagi hebat & dasyat. Dalam erti kata lain Marabahaya. Kenapa?? kini syarikat2 MLM ni lg pandai mengaut keuntungan. Nak jadi ahli Free ja..tetapi kena beli set2 produk ini untuk memulakan perniagaan & set2 ini RM bukan 1000-5000 tetapi RM10K & above!! BUKTI... Program MJ atau yang jual waterfilter kena mula dengan RM16K dapat 6set filter air. Program Hai-Hai-Bye-Bye mula modal RM20K dapat 10 set produk wanita / filter air. Bayangkan..Modal sebesar itu untuk mencari pendapatan 4time..Logik ke?? Memang semua perniagaan memerlukan modal, tetapi bg yang nak buat 4time ni... dgn komitmen kerja harian, keluarga, tunang & sebagainya mampukah?? Buat Personal Loan untuk mendapatkan modal!! Entahlah.. Tiada niat nak jatuhkan semangat kawan2 yang dah ceburi bidang ni...just pendapat aku sahaja. Tapi " Lu pikirlah Sendiri" - Nabil Raja Lawak

Jalan Pilihan

Part time job dalam bahasa nyer kerja sambilan. Byk pilihan yg boleh kita pilih. Aku just nak lontarkan pendapat & mengubah persepsi orang2 kita. Antara pilihan yg ada dinegara kita seperti MLM, Perniagaan Dalam Talian, Perniagaan Kecil / Pasar, Investment & pelbagai lagi.

Aku just nak highlight bab Investment. Investment mmg masyarakat kita kurang mendapat perhatian. Tetapi bab2 investment ni kita perlu lebih berhati-hati. Apa yang aku maksudkan dengan Ubah Pemikiran adalah pemikiran nak CEPAT KAYA. Yang pelik nyer buat MLM kuar RM ribu-riban boleh sabar nak berjaya tetapi bab pelabuaran ni kuar RM ribu-riban tp nak cepat berjaya. Itu masalah nyer..

Kedua Bab Ilmu, cth Bursa Saham, Forex dan lain-lain. "Susah lah" "Malas lah" "Tak reti lah"..dan mcm2 lagi "-ve lah".Sbb kena tgk Charting.. so how?? Sedangkan ilmu tu mudah je nak paham tetapi negetif thinking tu dah membaluti otak susah nak ubah..

"apa perancangan anda or backup plan korang incase sesuatu terjadi pada job korang?" - from rezdrake blog
Mungkin kegawatan kali ini pekerjaan korang still selamat, sbb company boleh survive..but who knows pada masa akan datang! Apa yang bleh di cadangkan berjinak-jinak lah dengan mencari pendapatan PASIF kerana ia berada di sekeliling kita...ubah cara mencari pendapatan. Berkenal-kenalan & carilah ilmu dari rakan yang ada ilmu tersebut.
"Jangan takut untuk untung, Jangan berani untuk rugi"
"Biar tidak untung asalkan tidak rugi"
"berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian"
"Financial Freedom"
-adios amigos-

Thursday, January 8, 2009

Boikot Produk-Produk Berkepentingan Israel Laknatullah..

Salam to all muslim,

Bersamalah kita memboikot produk-produk yg ada bersangkutan dengan Israel...
Setidak-tidaknya kurangkan lah penggunaan jenama2 ini. Di sini adalah maklumat produk-produk yang ada kepentingan dengan Israel Laknatullah...
  1. Fast Food- Mc Donald's- KFC
  2. Beverages, Drinks- Coca-cola- Dr. Pepper- Fanta- Sprite- Schweppes- Lilt- Fruitopia- Sunkist- Kia Ora Fruit Squashes
  3. Food, Snacks- Buitoni- Danone- Perrier- Libby's- Maggi- Nestlé- Shreddies cereal- Nestlé KitKat- Vittel
  4. Consumer Products (Tissue, Diapers)- Kimberly-Clark- Kotex- Huggies- Kleenex
  5. Cosmetics, Body Care- Biotherm- Sanex- Garnier- Clinique- Helena Rubinstein (HR)- L'oréal Paris- Origins Natural Resources- Maybelline- La Roche-Posay- Redken 5th Avenue NYC- Vichy- Johnson & Johnson- Revlon- Brylcreem
  6. Perfumes, Fashion, Cosmetics- Boss (Hugo Boss)- Calvin Klein- Lancôme Paris- Giorgio Armani- Estée Lauder- Tommy Hilfiger- Donna Karan New York (DKNY)- Ralph Lauren
  7. Fashion, Clothing- Aramis- Prescriptives- La Mer- Bumble and Bumble- Jo Malone- Kate Spade- River Island- GAP- JC Penney- Timberland- J. Crew
  8. Sportswear- Champion- Outer Banks
  9. Home Products- Ambi Pur- Kiwi (shoe care)- Sara Lee
  10. Coffee, Coffee Systems, Tea- Douwe Egberts- Maison Café- Superior Coffee- Pickwick- Piláo Café- Starbucks Coffee
  11. Technologies- ICQ- AOL- Nokia- IBM- Intel
  12. News Corporation, Publications- Sky TV Network- 20th Century FOX- Star TV Network- National Geographic Channel- The Weekly Standard- New York Post- News of the World (UK)- The Sun (UK)- The Times (UK)- The Daily Telegraph (Australia)- Harper Collins- Nursery World- Disney- TIME Magazine- CNN
  13. Clothing (Socks, Babywear, Intimate Apparel) - DIM- Victoria's Secret- Banana Republic- Structure- Pryca- Lindex- Playtex- Auchan- Just My Size- Hema- Wonderbra- Bali- Hanes- L'eggs- Lovable- Nur Die- Gossard
  14. Retailers, Stores, Shopping Complex- Carrefour- Tschibo- Marks & Spencer- Selfridges & Co.- The White Barn Candle Co.- Mast Industries Inc.- Express- Structure- Henri Bendel- Intimate Brands Inc.- The Limited- New York & Company- Lerner New York
  15. Home Depot- Expo Design Centers- Georgia Lighting- Villager's Hardware- Maintenance Warehouse- The Home Depot- Apex Supply Company
Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuanMu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon/Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..."> > (Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ
أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ
وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْراً أَبَابِيلَ
تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ
فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ

Surah al fil: "A'lam tara kay fafa 'ala rob'buka bi as-haa bil fil "A'lam yaj'al kaydahum fi tadhli lin Wa arsala 'alayhim 'tayran ababil "Tarmihim bi hijaratinm min sijjil Fa ja'ala hum ka asfin ma'kul"


Lipat gandakan doa ini. Kirim kepada 7 orang rakan anda yang lain.. Maka 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 = 823453 orang akan berbuat berdoa, kemudian 823453 X 7 = 5.8 juta orag...InsyaAllah akan ikut berdoa...

Sunday, December 7, 2008

Kursus Forex di Safira, Penang

Kursus yang diadakan pertama kalinya di Penang oleh Sifu Roslan di Safira Country Club telah berlangsung dgn jayanya pada 28hb Nov 2008 dari pukul 3.00ptg hingga 11.00mlm. Para peserta kursus bukan sahaja dari Penang tetapi dari Langkawi, Arau, Kulim, Sungai Petani..

Aku juga sempat mengikuti kursus ini kali kedua, thanks to sifu Roslan..Aku juga mendapat komen dari peserta kursus yg lain bahawa mmg berbaloi mereka berkorban RM360 utk kursus ini. Ramai yg dah tidak sabar nak real trading..insyaallah sedikit masa lagi Notebook anda akan menjana wang utk anda...
Sempat bergambar bersama Tuan Roslan selepas kursus.

Antara peserta kursus di Penang

Tuesday, November 25, 2008

Alfonso de Rezdrake Tag On Me..

Rezdrake memang macam ni, al-kisah nyer dia di tag oleh kenalan blogger dia & dia mencari mangsa-mangsa blogger lain utk di tag..Tapi tak pe, aku cubalah menjawap tag nyer itu dengan jujur sejujur-jujurnya..

"Buat satu jadual bertulis yg benar lagi suci kesahihannya tentang..."Seawal celik mata kita - masuk keja - sampailah ke terlelapnya 2 bijik mata"..."
Pertama nyer nak korang tahu, masa keje aku 8.10 pagi - 5.10 ptg.
Kedua keje gomen paham2 je la..
Ketiga Big Boss aku dkt USM ni amalkan "Multi-tasking" ... warrrghhh3x (ketawa ada makna tu)
7.30 pagi - 8.00pagi
Sesiap nyer diri sekemas yang mungkin & sewangi yang mungkin, angkat anak aku pi hantar umah mak mertua aku..umah martua dkt je merangkak pun sampai.
8.00 pagi - 8.20 pagi
Start bergerak ke opis & sampai lingkungan 8.20 pagi. Singgah di Inst. Pengajian Siswazah tempat my wife keje..& gerak ke opis aku.
8.20 pagi - 9.00 pagi
Masuk opis on PC buka mail, tgk kot-kot ada keje or meeting tekejut tergempaq..kalau x de meeting tu baca paper online jap pas tu tunggu panggilan member2 seantero untuk bergerak mengisi perut @ sarapan..
9.00 pagi - 9.30 pagi
"Ane Teh Tarik perse onne, nasi lemak biasa onne" - tu kalau dkt Pelita.. kalau dekat Taman Tun Sardon "Pak cik Teh Tarik Komtar aircond buh bawah + Bihun Sup 1".. ni lah tempat2 aku bersarapan dengan member2 opis...abis makan pekena perasap sebatang dua sambil berborak isu-isu terkini / sensasi.
9.30 pagi - 1.00 tengahari
Start to do work.. skrg ni dah x buat program dah banyak buat teknikal support sereber room..selain tu dok maintain database2 dalam USM ni.
Buat apa time takde keje??
Hehehe..sejujur-jujur nyer time tak de keje ni aku main maltiplayer game..huhuhu dgn member aku Mr Roslan & Mr Moktar..Game apa?? FIFA 08, FIFA 09 mmg favorites la game ni. Selain tu sambil2 buat site income biz computer aku @ FX..cari income lebih skit..
1.00 tengahari - 2.00 petang
Kuar makan lunch dgn wife or kadang-kadang dgn member2 opis. Part ni memang susah skit..dari nak pilih nak makan apa & dekat mana. hehehehe kadang2 tu kalau perut x rasa lapar time ni pun boleh pi shopping..huhuhu
2.00 petang - 5.30 petang
After lunch sambung balik keje.. sampai la 5.30 ptg. Memang jarang la balik awal 5.10ptg sbb dlm usm ni slalu trafik jem..
5.45 petang - 7.30 malam
Time ni kalau hari Rabu & Jumaat aku ada tranning bola usm, aku main dgn USM TEAM div 1 Penang. Kalau x training balik terus umah, sebelum tu singgah beli goreng pisang ke or karipap gaint ke..utk minum petang kat umah. Time banyak habis masa dengan family tgk TV, main PS2 or tido..hahhaha
8.00 malam - 9.00 malam
Lepas mandi, kalau my wife x masak kena kuar pi beli dkt gerai makan dekat-dekat umah..lepas makan on laptop ready to trading..dulu aku dok trading Stock-Option NYSE/DOW/AMEX since ekonomi x berapa elok ni kena tukar pulak trade FX means Forex.
9.00 malam - 12.00 tengah malam
Masih lagi dok mengadap laptop aku, dok trading..sambil-sambil tgk Astro. Main-main dengan anak or dengan mak nyer hahhahhaha...
12.00 tengah malam - terlelapnya 2 biji mata
Bergantung pada keadaan trading masa tu, kalau masih ada peluang utk take profit aku tunggu..kalau x de tu mata dah mula kelat apa lagi cari bantal & tilam la..
Begitulah Al-kisahnya kehidupan aku yang boleh dikatakan hampir sama setiap hari, kadang-kadang tu terpikir jugak sampai bila jadual kehidupan aku mcm ni..adakah sampai tahun 2038 nanti??ahhh tidakkkkkk
Ok ke bro..rasa nyer dah jujur dah tu aktiviti harian ku...
"Meniti haluan KEBEBASAN..."

Monday, November 24, 2008

Notes Yang Tersirat..

Mengemparkan, Menghairankan & Mengelirukan..itulah yang dapat aku gambarkan isu yang cuba di PANAS kan hujung minggu lalu.
Kisahnya begini, pada awal pagi Jumaat yang lalu seperti biasa masuk office awal pagi buka Lotus Notes (email utk kakitangan usm). Aku lihat ada lebih 7 email yang masih belum aku baca. Aku mula membuka email ini 1 per 1. Daripada 7 email ini terdapat 1 email yang bertajuk Fw: Free Laptop yang di forward kat inbox aku oleh staf usm juga. Aku ringkaskan isi kandungan email ini.."Syarikat Ericsson sekiranya kita forward ke 7 org rakan kita akan diberi laptop percuma." Seperti email-email tawaran yang lain sebelum ini aku pun copy & paste email staf2 lain lebih kurang 20 email & klik fwd. Tutup email notes sambung keje aku & kuar sarapan.

Petang itu aku dijadualkan ke Baling, Kedah sbb ada perlawanan persahabatan antara USM vs 1 kelab bola sepak daerah Baling, Kedah. Sedang termenung menanti menaiki bas, handphone aku berbunyi dr no 019...... aku pun menjawap panggilan tersebut. " Oit ajib ada mana?, ni nama hang popular ni pasal email yang hang fwd tadi..ala yang email Free Laptop...spam email" macam tu la lebih kurang ayat yang member aku call bagi tahu. Aku pun termenung seketika..&*$?P#@&^!#*)~&* blur aku apa masalah nyer?? Kalau spam biasalah..belambak spam email sebelum ni.Aku pun maleh nak pikir.. fokus on game malam ni..

Esoknya petang sabtu, aku pun relak on laptop. Wife aku menyapa.."ha baru teringat, pasal email yg yang fwd tu..En A suruh minta maaf & tarik balik email tersebut" Fuhh biar betul ni betul-betul berita panas ni, habis 1 usm tahu..aku pun terus baca kandungan email yang di hantar oleh En A selaku Admin bg email Notes tersebut..Terkejut beruk-beruk dekat taman rimba membaca isi kandungan email tersebut.

Sebelum percaya benda-benda ini, sila buat kajian terlebih dahulu. Ini bukan kempen dari Ericsson! Kenapa? Takde orang nama xxxxxxxx .Yang kedua, Macam mana Anna nak buat pemilihan siapa yang patut dapat Notebook atau handphone free? Lain kali check Urban Legends atau Hoax pages sebelum forward benda-benda ni.
Rujuk:
http://urbanlegends.about.com/od/internet/a/ericsson_hoax.htm http://www.snopes.com/inboxer/nothing/ericsson.asp
Mana Mail Admin macam saya tak marah!!!!!!!!! Lagi satu, dipersilakan akaun (alamat email) anda dikutip oleh SPAMMERS.. bukti? Sila lihat ruangan CC: dan To: Ilmu kutip alamat email ini, paling senang dipelajari... guna Copy+Paste aje.. Haha!
Boleh tak minta penghantar email asal ini minta maaf pada semua orang dan tarik balik email yang dihantar? hah hah hah!! Salam mesra!!!!

PERSOALAN aku mudah;
1. Pernah tak korang yang guna email free ni seperti Yahoo,Gmail or Hotmail menerima email daripada ADMIN EMAIL tersebut yang meminta penghantar email(anda) memohon maaf secara terbuka, kerana fwd email spam..warrrghhhh3x! Pertama dalam sejarah teknologi email oo..sapa?? aku la hahahhaha
2. Aku nak tanya korang secara jujur, pernah ke dalam banyak2 email yang korang nak forward korang check dkt Urban Legends atau Hoax pages??
3. Bukan ke setiap host mail yang bagus perlu ada SPAM GUARD or Filtering. Apa fungsi Junk Mail dalam lotus notes tu? Mana member2 aku yang ada email notes pernah tak terdapat email dalam Junk Mail notes korang?? Tak de kan?..so..
4.Persoalan penting aku, Kenapa dia minta aku yang memohon maaf?? Sedangkan email tu di fwdkan kali pertama dalam Intranet USM ialah dari JPEND/USM!

Email yg aku balas dkt admin / En A

Salam to all,
1st seperti yang di minta oleh admin saya minta maaflah atas email yg di fwd ke semua email yang terlibat.
2nd Tak pernah terjadi dalam dunia IT " pengguna email" diminta utk meminta maaf atas email yg dihantar. (bermakna takde privacy)
Selain itu, kenapa email2 ni boleh terlepas dari filter email notes itu sendiri. Apa fungsi junk mail? kenapa mail semua terus ke Inbox walaupun scanner mail mengatakan email ini ada kemungkinan spam..
Saya pun kurang arif dgn mail notes ni, sbb dah berapa version upgrade.tak de spam guard ke?
Lastly sekali lagi saya mohon maaf kepada semua yang terlibat terutama admin, sbb saya pun x de masa nak check setiap email tu..sbb terlalu banyak email yang x kenal, x kan nak check 1-1 kot..


KESIMPULAN aku;
Bagi pendapat aku mudah, isu ini tidak timbul sbb email spam berlambak2 dlm internet sapa-sapa boleh menerimanya. Selain tu, seperti mail provider cth mudah YAHOO, GOOGLE, MSN or yang lain mereka tidak menyalahkan pengguna mereka tetapi mereka melihat kelemahan mereka & cuba mengatasinya. Kesimpulan yang nyata lagi bersuluh..ianya seperti membuka & memberitahu kepada umum ttg kelemahan Notes itu sendiri..sedangkan sebelum ini orang x tahu pun notes tu x filter or x de Spam Guard. Akhir sekali, kemungkinan disebabkan akhir2 ini Host Mail di usm ini dpt kritikan hebat dari orang atasan sebab email penting x sampai kepada penerima @ lambat. Atau ada sebab lain??hehehhe


Kesimpulan Korang Macam Mana Pula??

Wednesday, November 12, 2008

Bermesra Bersama Burung Di Taman Burung

Hujung minggu bersama burung di taman burung, itu lah alkisah cerita hujung minggu lepas. Bawa family ke Taman Burung Pulau Pinang. Best jugak..awal nyer aku malas nak pegi, tgk muka wife aku yg boring aku turutkan jugak.
Mahal jugak nak masuk pun, dewasa RM15 & kanak2 RM7.50. Ada lg kamera pun kena RM1..ish..ish..ish. Kalau korang nak pegi, kamera tu simpan je..kata x de kamera save seringgit.
Kebetulan sampai mmg ada pertunjukan burung, sempat la dpt pegang burung2 yg sebelum rasa mustahil nak pegang.
Burung kenyalang ni mmg besar, paruh dia mak aii mmg menggerunkan.

Burung ni garang tau..dia patuk bata dinding sampai berlubang.Acehhh burung tu posing sama.
Banyak2 burung hantu ni paling aku suka, tgk muka dia sombong giler..hahaha

Saturday, November 8, 2008

RP DIBEBASKAN DARI ISA..

Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini mengisytiharkan bahawa penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA adalah tidak sah dan memerintahkan supaya beliau dibebaskan segera.

Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad yang menerima permohonan habeas corpus pengendali blog popular Malaysia Today juga memerintahkan beliau dibebaskan serta-merta. Hakim juga memerintahkan Raja Petra dibawa ke mahkamah menjelang 4 petang hari ini sebelum beliau dibebaskan segera.


Penulis blog ditahan polis pada 12 September di suatu tempat yang tidak didedahkan sebelum dibawa ke kem tahanan Kamunting di Taiping pada 23 Sept.


Raja Petra dibawa dari kem tahanan itu menjelang tengah hari sebelum dibawa di depan hakim kira-kira jam 3.15 petang dan dibebaskan lima minit kemudian.

Tuesday, November 4, 2008

Succes In Forex..


http://successinforex.blogspot.com/ blog ni aku jumpa 2 minggu lepas semasa aku mencari mentor / tempat utk aku menimba ilmu forex. Sebelum ni tahu forex..tp buat tak tahu je sbb aku dok trade stock-options (NYSE/DOW/AMEX etc.) Disebabkan ekonomi sekarang tidak menentu aku cuba mencari peluang baru menjana pendapatan.


Dipendekkan cerita, semasa membuat research tu mcm2 aku jumpa pasal forex ni. Sehingga lah aku terjebak membeli indicator2 yg dpt membantu membuat duit dlm forex ni. Ada indicator yg bagus tetapi tidak meyakin untuk trade dlm real money. Aku juga mencari kursus2 forex utk diikuti. Mmg sudah dijangka semua kursus paling murah aku jumpa RM1000 di KL, yang Rm 5k pun ada..


Entah mcm mana aku aku terpandang blog ni http://successinforex.blogspot.com/ dan melihat apa yg ditawarkan. Mmg kurang meyakinkan sbb harga kursus br RM250 saja..betul ke ni?? TETAPI ada 1 part yg meyakinkan iaitu kaedah yang digunakan adalah LIVE TRADING utk mengajar peserta forex. Kursus lain pada hari Sabtu / Ahad saja..mana ada trading waktu tu!


So, take risk aku tempah tempat utk kursus tersebut pada 31 Okt 2008, sanggup ambik cuti tu..pegi Shah Alam. Book tiket bas Penang-KL ambik Komuter ke Shah Alam.


Thanks to my best friend at shah alam "Hairul" sbb sudi ambik & tumpangkan aku kat umah bujang dia..dia ni student UITM,Shah Alam kawan 1 kampung, 1 kelas dari darjah 1 - tingkatan 3.


At that day, Start pukul 3ptg - 11mlm. Apa yg aku boleh katakan ttg kursus ni "Superb Technic" kerana apa?? Sebab sifu Roslan ini dpt membuktikan teknik yg dia gunakan semasa live trading dgn kami & yg best kaedah MATH GEM2008 ni mcm mana skali pun trade kita aku kuar dgn profit minimum 60pips. Tak akan -negetif..!!

Gambar yg sempat diambil semasa kursus berlangsung. Yg berdiri tu la SIFU Roslan..

Bg mereka yg tercari-cari / ingin berkecimpung dalam dunia Forex ini aku memberi Strong Recommend utk korang semua try kursus yg dianjurkan oleh SIFU Roslan ni.

"Kalau di suruh bayar RM2500 masa tu pun, aku akan bayar"

So..lu pikir la sendiri..

Monday, November 3, 2008

Jawatan Kosong di USM

Universiti Sains Malaysia mempelawa individu-individu warganegara atau bukan warganegara Malaysia yang berkelayakan, proaktif dan komited untuk memohon kekosongan jawatan di USM.

Permohonan / maklumat iklan dan syarat / skim perkhidmatan boleh dirujuk di laman web: http://eregistry.usm.my/hr/eRecruit/Sila klik menu IKLAN SEMASA pada web berkenaan untuk paparan senarai jawatan dan cara-cara memohon.
Iklan dibuka dari: 2 November 2008 hingga 14 November 2008

Tuesday, October 21, 2008

Catatan XPDC Kinabalu (Episod 5)

"Betul ke ni aku telah memijakkan kaki di puncak Gunung Kinabalu", itu perasaan aku bila menghampiri puncak. Rasa seperti masih bermimpi "ku tampar pipi ku..ohh benar rupanya"..
6.00 a.m - Tepat pukul 6.00 pagi @ 11 Okt 2008 aku sampai di puncak bersama seorang lagi pendaki iaitu Fairuz. Terasa bagai berada di puncak dunia..Kawasan puncak cukup kecil tidak membolehkan pendaki duduk lama disitu.

Tak sampai 10 minit berdiri dipuncak bergambar jari-jari tangan mula terasa sukar utk bergerak & kebas. Mmg teramat sejuk..


6.15 a.m - Kami turun sedikit dari puncak sementara menunggu rakan lain sampai.










6.30 a.m - 4 org telah menjejakkan kaki di puncak.Mendapat perkabaran 1 lg bakal sampai di puncak & 2 org lg tidak sempat sampai di checkpoint akhir sayat-sayat hut pukul 4.30 pagi & mereka terpaksa berpatah balik ke laban rata.





6.40 a.m - Alhamdulillah kelima-lima WIRA (USM/Enovate/Kelab PPKT) hahahhaha telah menawan puncak Gunung Kinabalu. Kenapa aku ketawa...nak tahu tanya dlm ym la..hehehe
Setelah puas bergambar aku & rakan terpaksa meneruskan perjalanan turun ke laban rata kerana semakin lewat kami turun keadaan angin semakin kuat & boleh membahayakan.
Dalam perjalanan pulang ke laban rata keseronokan tergambar di muka aku & rakan. Perjalanan pulang kami ke kem laban rata tidak terasa penat kerana sepanjang perjalanan turun macam-macam gelagat & perkara disembangkan. Mmg kelakar..sepanjang jalan bergambar je, utk pembaca blog semua kalau nak tgk gambar lain yg ekslusif bleh lawati flickr aku @ http://www.flickr.com/photos/razifnana-family/

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons